Di samping itu, penggunaan petrol tanpa plumbum juga menjadi cadangan penambahbaikan pengangkutan. Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan dan mengatasi pencemaran udara yang disebabkan oleh pengangkutan.Sebagai contoh, pengeluaran asap daripada pengangkutan dapat dikurangkan dan secara tidak langsung mengurangkan pengeluaran karbon monoksida yang boleh mencemarkan udara. Selain itu, penggunaan petrol tanpa plumbum juga dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara. Contohnya, logam besi dibebaskan akan menjejaskan kualiti udara dan membahayakan kesihatan manusia.