Kenangan yang paling positif adalah bilamana saya bertemu dengan isteri saya sekarang.Detik awal pertemuan itu yang menjadikan ianya teramat manis.bermula dari bangku sekolah hingga kesaat ini.Beliau banyak memberi perangsang dan motivasi untuk saya terus berjaya dalam membina kerjaya dan rumahtangga.Saya sangat bertuah memiliki dia dan sehingga kita perasaan sayang saya semakin mendalam terhadapnya dan kami kini dikurniakan 5 orang cahaya mata dan amat bahagia sekali.Saya sentiasa bersemangat untuk terus bersamanya dan membesarkan anak-anak kami bersama hingga ke akhir hayat kami.Anak-anak juga memahami keadaan kami dan ini bertambah rasa kesyukuran saya kerana memiliki insan yang paling bermakna dan menghargai setiap apa yang saya lakukan.