Oksigen diperlukan untuk respirasi
2. Respirasi berlaku dalam semua sel hidup
3. Semasa respirasi, suatu tindak balas kimia berlaku antara makanan dengan oksigen untuk menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga
4. Karbohidrat merupakan salah satu kumpulan utama bagi makanan . Karbohidrat adalah sebatian yang terdiri daripada karbon, hidrogen dan oksigen. Apabila glukosa (contoh karbohidrat) bertindak balas dengan oksigen semasa respirasi, karbon dioksida dan air terbentuk, dan tenaga dibebaskan dalam pelbagai bentuk seperti haba, dan tenaga mekanikal dan tenaga bunyi