SINOPSIS
Mahkamah memaparkan sesi perbicaraan rekaan yang melibatkan dua kes . Kes yang pertama disisipkan dengan unsur jenaka .Bulat bin Leper selaku tertunduh didakwa melakukan kesalahan sehingga menyebabkan kematian seorang warga emas. Bagaimanapun,dia telah dibebaskan apabila didapati tidak bersalah. Kes yang kedua pula bernada sinis. Akikinokomokotoko selaku tertuduh didakwa mencuri beruk subsidi hak milik penguasa tempatan.Dia kemudiannya mengaku bersalah.Akikinokomokotoko yang kurang fasih berbahasa Melayu melakukan kesalahan itu kerana keliru dengan istilah subsidi.
Plot Permulaan:Tuan hakim melangkah masuk dan perbicaraan dimulakan.Tertuduh pertama diminta mengambil tempat di kandang pesalah.
Perkembangan:Tertuduh I dibekalkan khidmat peguam bela.Tertuduh I tidak mengaku bersalah. Perumitan:Pendakwa raya menekan tertuduh I untuk mengaku kesalahannya.Kambing kelaparan dipersalahkan atas kematian Mek Teh.
Puncak:Peguam bela mencadangkan agar pembela kambing dibicarakan.Tuan Hakim memutuskan bahawa tertuduh tidak bersalah.
Peleraian:Tertuduh berasa lega dan mengucapkan terima kasih.Tuan Hakim mengarahkan tuan kambing dicari untuk menyelesaikan kes serta mengarahkan pihak berwajib untuk membaiki pintu tong sampah.