Pada awalnya, NKEA ini menyasarkan
penjanaan Pendapatan Negara
Kasar (PNK) sebanyak RM35.5 bilion
dan pewujudan 181,000 pekerjaan
baharu menjelang tahun 2020. Kini,
terdapat 41 projek yang menyediakan
25,633 pekerjaan berserta komitmen
pelaburan yang dijangka mencecah
RM4.96 bilion menjelang tahun 2020.
Sektor penjagaan kesihatan juga telah
meraih 28.8 peratus daripada sasaran
pelaburan sebanyak RM17.2 bilion
yang ditetapkan dalam hala tuju ETP
menjelang tahun 2020.