KUALA LUMPUR: Operasi khas Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lelaki di sekitar Johor dan Selangor pada 9 hingga 13 November 2015 kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pengganas.
Tiga suspek yang ditahan disyaki mempunyai kaitan dengan militan IS manakala dua yang lain dipercayai mempunyai hubungan dengan sebuah kumpulan pengganas dikenali sebagai Imam Mahdi.
Salah seorang suspek berusia lingkungan 40 tahun dari Petaling Jaya, Selangor dikatakan pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan di Felda Global Ventures (FGV) dan pernah berlepas ke Turki pada 21 Oktober lalu untuk menyusup masuk ke Syria bagi menyertai IS