Saya lihat memang ada angina perubahan yang bertiup di negeri-negeri yang mereka kuasai, soalnyasama ada sudah pun sampai ke peringkat di mana rakyat bersedia menukar dan kembali kepada Barisan Nasional dan inilah yang mesti kita lipat-gandakan usaha kita untuk kita menerangkan kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya taka da kemampuan untuk mentadbir negara dan negeri seperti mana yang mereka dakwa. Janji-janji yang telah mereka buat tidak ditepati. Ini yang mereka patut tekankan kepada rakyat supaya rakyat pada kesudahannya akan mengadil siapa yang benar atau sebaliknya.