Inilah yang saya tekankan kita tak boleh ada sikap urusan seperti biasa, business as usual, kita mesti sedar lebih-lebih lagi di negeri yang kita dah kalah. Bahawa kita mesti buat sesuatu yang luar biasa dari segi strategi kita, kesungguhan kita, perancangan kita, dari sesi program yang kita laksanakan dan juga peranan kita dalam social media online. Semua itu menampakkan bahawa kita ini berada sebuah negeri yang kita kalah itu, negeri yang kalah dan ditawan pembangkang mesti buat sesuatu yang lebih daripada biasa. Jangan kita nak buat tahap sumbangan kita ataupun tahap yang kita buat itu mendatar atau biasa. Kalau kita nak menumbangkan kerajaan yang dikuasai oleh pembangkang di negeri-negeri tertentu, kita mesti berusaha lebih daripada biasa. Ini mesej saya. Kita mesti bersatu lebih daripada biasa, jadi barulah kita ada peluang yang baik.