Ramai jiran-jiran dan sahabat handai datang berkunjung meraikan sambutan harijadi saya.Ini amat bermakna bagi saya.Kami memulakan acara dengan membaca doa selamat bagi meraikan saya dan tetamu-tetamu yang hadir.Berbagai jenis juadah disediakan diantaranya ialah nasi ayam,cendol,air kelapa muda,makanan berasaskan seafood.dan banyak lagi.Sebahagiannya telah di tempah olah isteri saya daripada syarikat katering kerana ini akan memudahkan urusan penyediaan makanan.Kami menempahnya dengan kadar sederhana kerana tidak mahu membazir masa dan waktu.Cara ini adalah amat mudah kerana kita hanya perlu menelefon syarikat katering tersebut dan memilih makanan yang perlu mereka sediakan untuk sesuatu majlis dan kami membayarnya secara tunai.Majlis yang dijadual berjalan dengan lancar.Tetamu hadir mengikut jadual juga penyediaan makanan juga berjalan dengan lancar.Saya amat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh keluarga,jiran-jiran dan sahabat handai.saya dikejutkan dengan satu makan khas iaitu kek 10 tingkat kerana inilah pertama kalinya saya melihat kek setinggi sepuluh tingkat.Ianya telah di rancang oleh isteri dan anak-anak saya.Para tetamu juga berasa teruja dan gembira dengan "kejutan" ini.Kek ini ditempah khas oleh isteri saya daripada katering yang sama.Ini bagi memudahkannya meguruskan tentang segala pembayaran dan tidak perlu pergi dua atau tiga tempat yang lain.sambutan kali ini benar-benar bermakna dengan tetamu yang hadir juga makanan dan "kejutan" makanan yang telah diatur oleh isteri saya.saya amat berterima kasih kepadanya dengan rasa gembira.Saya menyarankan apabila ingin membuat sesuatu majlis,tempah segala makanan yang diperlukan mengukut kadar kemampuan kita dan jangan berlebihan kerana ini akan menjimatkan masa dan tenaga.Terima kasih kepada semua yang hadir meraikan majlis sambutan harijadi saya ini.