Laksa Sarawak terkenal di negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Laksa Sarawak sememangnya sedap dan membuka selera. Laksa Sarawak mudah disediakan dengan adanya pes laksa yang telah disediakan khas.
Pes diperbuat daripada pelbagai bahan rempah. Rempah-ratus tersebut dipanaskan sehingga mendidih dan dicampur dengan air santan.
Laksa bagaikan tidak lengkap tanpa sambalnya. Kombinasi rasa sambal yang pedas, masam dan sedikit manis membuatkan pelanggan terliur.
Selain itu, laksa juga dicampur dengan isi ayam, udang dan sayur seperti timun dan tauge. Laksa Sarawak merupakan menu yang laris di gerai makan.