kami sekeluarga pergi melancong ke luar negara. negara pilihan kami adalah tokyo jepun. saya, isteri, 3 anak dan 2 orang tua saya menyertai pelancongan ini. kami telah membuat perancangan yang rapi sebelum memilih negara jepun ini. kami siapkan segala keperluan dan maklumat yang perlu sebelum ke sana. segala perbelanjaan adalah ditanggung oleh saya. saya dan isteri melakukan kiraan untuk persediaan ke sana. untuk kos penerbangan kami membeli tiket tambang murah air asia. ini adalah lebih berbaloi. kami menempah tiket 6 bulan lebih awal supaya kami dapat harga yang lebih murah dan terbaik. dengan ini saya dapat mengurangkan kos penerbangan. dan kos lebihan ini boleh saya gunakan untuk menempah hotel atau tiket untuk aktiviti di tokyo jepun. untuk tempahan hotel isteri saya menempah di laman web agoda. di dalam agoda kami dapat memilih hotel-hotel budjet yang berbaloi harganya dengan kemudahan yang terbaik. soal makanan dan minuman pula isteri saya telah menyenaraikan tempat-tempat makan yang ada menyediakan produk yang halal semasa di sana. semasa waktu untuk ke sana saya dan keluarga perlu ke kuala lumpur. kerana kapal terbang akan terus ke tokyo melalui kuala lumpur. perjalanan ke kuala lumpur saya mengunakan mpv proton exora. kami singgah di rumah my sister untuk meninggalkan kereta di sana. adik perempuan saya akan menghantar saya ke terminal kapal terbang. ini akan menjimatkan kos parking dia klia.