APMM memandang serius insiden-insiden yang dialami nelayan tempatan terutamanya bila melibatkan kes penahanan oleh penguatkuasa maritime dari Negara jiran serta perlakuan jenayah di laut.Namun begitu, terdapat kebanyakan bot nelayan tempatan yang masih lagi tidak mempunyai peralatan untuk dijejaki sekiranya berlaku kecemasan atau penculikan di laut. Agensi ini menasihatkan agar semua bot nelayan laut dalam dipasang dengan peralatan Automatic identification system (AIS) ataupun system Vessel Monitoring system bagi memudahkan APMM mengenalpasti kehadiran vessel seterusnya mengambil tindakan segera sekiranya terdapat aduan daripada nelayan