Alasan keputusan
18.Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan disediakan alasan keputusan dan hendaklah dikemukakan kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan notis rayuan. Penentuan rayuan
19.Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, meneruskan untuk memutuskan rayuan dan boleh, sekiranya—
(a)dia menghendaki fakta atau keterangan lanjut yang perlu dikemukakan atau hujah untuk didengar, menetapkan tarikh dan masa bagi penerimaan fakta atau keterangan atau pendengaran hujah itu dan hendaklah memberitahu perayu dan Pihak Berkuasa dengan sewajarnya; atau
(b)dia menghendaki nasihat atau pandangan pakar, Menteri boleh menubuhkan suatu jawatankuasa rayuan untuk menasihatinya dalam memutuskan rayuan. Penarikan balik rayuan
20.Jika perayu memutuskan untuk tidak meneruskan rayuannya, perayu boleh menarik balik rayuan itu pada bila-bila masa sebelum penentuan rayuan itu dan berikutan dengan itu keputusan Menteri adalah dianggap muktamad.
BAHAGIAN IX
DAFTAR
Daftar
21.(1) Pihak Berkuasa hendaklah, bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, menyebabkan disimpan dan disenggara suatu Daftar.