ada 10 Januari 2013, Persatuan Bahasa Melayu SJK(C) Ming Hwa telah mengadakan lawatan ke Zoo Negara. Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan diiringi oleh 4 orang guru pengiring.
Pada awal-awal pagi, kami berkumpul di dewan sekolah. Pada pukul 8.00 pagi, Guru Besar memberikan taklimat kepada kami. selepas itu, kami pun bertolak ke Zoo Negara dengan menaiki bas yang disewa.
Kami mengambil masa selama 1 jam untuk tiba di destinasi. Seorang pegawai Zoo Negara yang bernama Encik Lim telah menyambut kami dengan tangan terbuka. Encik Lim ditugaskan untuk memberikan penjelasan tentang haiwan-haiwan yang terdapat di zoo.
Kami berpeluang melihat banyak haiwan yang istimewa. Antaranya termasuklah landak
箭猪
, cipan
貘
,tupai
松鼠
,badak sumbu
犀牛
,serigala
狼
dan sebagainya.
Kami berasa kagum
惊讶
seperti rusa masuk ke kampung
.
Pada hari itu, kami juga menyaksikan pertunjukan monyet. Pertunjukan itu sungguh menarik hati kami. Kami memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana di sana sangat meriah. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dengan monyet yang comel itu. Pada pukul 3.00 petang , kami pun berehat sambil makan makanan di sebuah restoran.
Menjelang waktu petang , kami pun pulang ke sekolah. Kami berasa gembira kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan.
Disediakan oleh, 20 JANUARI 2013.
Tan_______
( TAN MENG KEONG )
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa.