Ini keluarga Sanjana. Mereka bersama-sama mengusahakan sebidang tanah kebun. Tanah kebun itu diwarisi daripada neneknya. Bapanya seorang petani. Dia menanam pelbagai jenis sayuran.
Sanjana rajin membantu bapanya menyiram sayur. Shiva pula merumput batas sayur. Manakala ibu membubuh baja pada sayur. Sayur yang telah dibubuh baja akan dijaga dengan rapi supaya cepat membesar dan hidup subur.
Sayur-sayuran yang sudah besar akan dipetik dan dijual di pasar. Bermacam-macam jenis sayur yang dijual, antaranya ialah kacang panjang, bendi, terung dan sawi.
Bapa Sanjana pulang dengan keuntungan yang lumayan. Mereka sekeluarga berasa sangat gembira.