Beliau tidak berhenti setakat itu sahaja, malah langkah sedemikian berterusan sehinggalah ke hari ini menjelajah dengan program turun padang di sebahagian besar pelusuk negara. Di mana juga kawasan atau tempat yang dikunjungi Perdana Menteri, beliau tidak hanya sekadar melihat keadaan sekeliling tetapi pastinya meluangkan masa bertemu rakyat tidak kira di bandar atau di kota, di kampong atau desa. Beliau secara telus bertanya khabar dan bertanya keadaan dan kehendak serta masalah dihadapi rakyat. Beliau akan minum atau makan bersama rakyat di tempat dilawatinya. Cara beliau itu benar-benar mahu memahami keluh-kesah dan apa yang dimahukan rakyat.