kita perlu sedar bahawa mahasiswa perlu dilatih untuk menilai dan melakukan sesuatu perkara secara rasional. Hal ini penting supaya tindak-tanduk individu untuk memenuhi kepentingan perbadi dapat dikawal dan seterusnya mampu menarik perhatian bakal majikan. Sesetengah universiti menyarankan pelajarnya mengambil subjek ataupun kursus di luar bidang pengkhususan mereka agar pengetahuan mereka lebih menyeluruh. Bagi membolehkan proses pembelajaran dijalankan secara holistik, pelajar juga perlu didedahkan kepada hasil penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan oleh pensyarah atau ahli akademik agar kekuatan sesuatu trori dapat dihuraikan.