Dalam sub modul 3 juga turut dijalankan dengan menggunakan kaedah aktiviti secara individu. Fasilitator mengarahkan agar setiap peserta untuk mengaplikasikan secara langsung teknik yang diajarkan sepanjang slot ini berlangsung pada waktu tersebut. Hal ini dilakukan untuk mendedahkan peserta tentang teknik yang boleh digunakan untuk mengurangkan stress. Selain itu, fasilitator juga boleh melihat secara langsung hasil daripada teknik tersebut.