Dunia pendidikan hari ini dipenuhi pelbagai cabaran untuk seorang
yang bergelar guru. Dalam abad ini, guru berhadapan dengan pemikiran
dan kebolehan murid yang jauh berbeza dengan murid masa dahulu. Kini,
murid lebih mahir tentang penggunaan pelbagai gajet dan peralatan
elektronik. Dengan itu, guru juga perlu seiring memiliki kebolehan
menggunakan peralatan tersebut bagi memastikan murid menumpukan
sepenuh perhatian dan minat mendalam untuk belajar.