MAKLUM BALAS KENYATAAN MELALUI FACEBOOK BERKENAAN PERKHIDMATAN UNIT KECEMASAN & TRAUMA, HOSPITAL SUNGAI SIPUT
Pihak pengurusan Hospital Sungai Siput mengambil maklum kenyataan melalui Facebook Hospital Sungai Siput Perak yang dibuat oleh Encik ‘Jeyam Kalis’ bertarikh 10 Julai 2016.
Dakwaan bahawa tiada doktor dan ubat sewaktu pesakit hadir untuk mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan & Trauma, Hospital Sungai Siput adalah tidak benar.
Ini kerana pada hari tersebut (Ahad, 10 Julai 2016), doktor di Unit Kecemasan & Trauma, Hospital Sungai Siput terlibat dalam memberikan rawatan kepada pesakit yang lebih serius di zon kritikal dan semi kritikal. Memandangkan pesakit yang terbabit berkeadaan stabil, beliau telah dinasihatkan untuk hadir semula pada jam 6.00 petang kerana terdapat doktor tambahan pada waktu itu bagi merawat pesakit (Klinik Lokum). Perkara ini juga bagi memastikan pesakit-pesakit yang stabil (zon tidak kritikal) tidak menunggu lama di Unit Kecemasan & Trauma untuk mendapatkan rawatan.
Pihak kami sentiasa berusaha menambah baik perkhidmatan agar perkhidmatan yang berkualiti dapat diberikan kepada pelanggan. Sebarang permasalahan, orang awam boleh hubungi Bahagian Pengurusan, Hospital Sungai Siput di talian 05-5995000 atau melayari Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di moh.spab.gov.my
Sekian.
Pihak Pengurusan, Hospital Sungai Siput