Di samping itu, pengekalan bangunan-bangunan bersejarah wajar dilaksanakan kerana mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Kunjungan pelancong tempatan mahupun pelancong asing ke Kota Cornwallis di Pulau Pinang dan bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur misalnya, dapat membantu perkembangan industri pelancongan melalui pengaliran wang asing masuk ke negara ini. Hal ini seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara.