Perjanjian London juga telah menetapkan agar perlembagaan yang
hendak digubal perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:
i. Pembentukan sebuah persekutuan dengan kerajaan pusat yang kuat.
ii. Pemeliharaan kedudukan, keistimewaan, kehormatan dan hak Raja-raja Melayu.
iii. Pengwujudan jawatan ketua negara yang bergelar Yang di-Pertuan Agong.iv. Pemeliharaan hak-hak istimewa orang Melayu serta hak-hak yang sah milik kaum-kaum lain.
v. Pembentukan sebuah sistem kewarganegaraan yang seragam untuk seluruh Persekutuan tanah Melayu.