putera Harry memberi peringatan kepada rakyat Australia supaya tidak 'selfie' dengannya ketika beliau bertugas selama sebulan di negara itu.Beliau menegaskan lebih sukakan gambar normal
Putera berusia 30 tahun itu menerima sambutan hangat daripada ratusan peminatnya di Canberra Kelmarin, termasuk seorang remaja perempuan yang mahu merakamkan gambarnya sendiri dengan Harry menjadi latar belakang
“tidak,saya bencikan selfie.Anda perlu keluar daripada keadaan itu.Saya tahu awak masih muda tetapi selfie tidak elok.
"cuma rakam gambar biasa," katanya dalam satu majlis umum.
Pakar media sosial di Universiti Melbourne,Lauren Rosewarne, berkata komen putera itu perlu dilihat sebagai 'ucapan berhemah' bagi golongan muda yang mahu meninggalkan jejak elektronik dengan menyiarkan ia di media sosial
"penduduk muda perlu diingatkan sentiasa mengenai apa yang mereka muat naik dalam talian bersifat kekal,walaupun sudah dipadamkan,"katanya.