Pada era globalisasi ini, gejala sosial dalam kalangan remaja begitu membimbangkan dan berleluasa. Secara umumnya, gejala sosial ini dikaitkan dengan perlakuan negatif yang dilakukan oleh remaja marcapada in. Malah, gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan tetapi juga membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Hal ini berlaku kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana. Oleh itu, langkah-langkah segera perlu diambil oleh pihak berkenaan untuk mengekang kemelut ini daripada terus menular.