Dalam bidang astronomi, orang Cina mempunyai tiga pandangan yang berbeza daripada alam semesta. Pandangan pertama dikenali sebagai Kai Tien atau Gai Tain iaitu mempercayai alam berbentuk kubah. Manakala pandangan kedua menggambarkan alam berbentuk sfera. Pandangan kedua adalah teori sfera sawami atau Hun Tien. Teori ketiga ialah teori angka raya kosong tak terhingga iaitu teori Hsuan Yeh.