4.1.6 Senarai Jentera-jentera dan peralatan-peralatan yang dimiliki / JKJ 105;
Syarikat hendaklah mempunyai jentera / peralatan yang mencukupi untuk
menjalankan kerja. Jentera / peralatan adalah seperti berikut tetapi tidak terhad
kepada :
a) Welding set
b) Overhead Travelling Crane
c) Cutting Machine
d) Grinder
4.1.7 Pelan lokasi / kedudukan jentera ;
Pemohon hendaklah menyediakan pelan lokasi kedudukan kilang serta pelan
kedudukan jentera di dalam kilang. Koordinat lokasi kilang (GPS) perlu
dinyatakan sekiranya ada.
4.1.8 Senarai kerja – kerja pembuatan struktur mesin angkat yang dijalankan
Pemohon hendaklah menyenaraikan pengalaman kerja yang pernah
dilaksanakan dalam bidang yang dipohon. Bagi permohonan pembaharuan,
pemohon hendaklah menyenaraikan projek yang telah dilaksanakan sepanjang
tempoh kelulusan pendaftaran yang lepas.
4.1.9 Manual Kawalan Mutu yang berkaitan dengan kerja-kerja talian paip
Pemohon hendaklah mengemukakan manual kawalan mutu syarikat yang
berkaitan dengan bidang yang dipohon. Maklumat yang perlu ada di dalam
manual kawalan mutu adalah seperti berikut tetapi tidak terhad kepada :
a) dasar kualiti terkini yang ditandatangani oleh pengurus beserta tarikh
b) carta aliran proses yang menggambarkan proses kerja yang dijalankan
c) material control
d) design control
e) welding control
f) process control
g) Inspection Test Plan
Orang bertanggungjawab yang dinyatakan di dalam manual kawalan mutu
hendaklah sama seperti di dalam carta organisasi syarikat.
8
NO. DOKUMEN :
JKKP IS 127/
PPP / SMA