Berdasarkan Notis Pemberitahuan Bil. 01/2014 bertarikh 20 Februari 2014, berkuatkuasa 01 Januari 2015, seseorang Pengendali hendaklah mempunyai kelayakan minimum Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi NDT bidang Radiografi Industri Tahap 2. Manakala untuk Pengendali Pelatih hendaklah mempunyai kelayakan minimum SKM bagi NDT bidang Radiografi Industri Tahap 1 atau Tahap 2 (Direct Access).