sebagai seorang ibu atau bapa, kita seharusnya mendidik anak-anak kita supaya berjimat sejak kecil lagi kerana bak kata pepatah”melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Selain itu, kita mesti sentiasa mengingatkan diri kita bahawa berjimat akan memberikan kita pulangan yang maksimum sama ada dari segi wang, masa atau tenaga.