Sistem budaya kita ini sebenarnya tak perlu lari daripada yang asal, cuma kita akan tekankan perkara-perkara yang perlu dalam konteks masa kini dan akan datang, umpamanya nilai untuk meletakkan kepentingan parti mengatasi segala kepentingan, nilai kesetiaan pada parti, disiplin, kerja dalam satu pasukan dan sebagainya. Ini merupakan nilai-nilai sejati yang kita telah bina selama ini, dan perlu dikekalkan, perlu dipertahankan. Dalam konteks hari ini, nilai kita yang lama kita kekalkan, nilai yang baru yang meletakkan misalnya menguasai kemahiran dan keilmuan itu terutama sekali dalam konteks masa kini, kemahiran ICT umpamanya, kemahiran dalam menggunakan social media umpamanya kemahiran untuk kita berkomunikasi seumpamanya. Ini semua merupakan kemahiran yang perlu kita hayati, kita pelajari supaya peranan kita sebagai pemimpin berkesan pada setiap era. Jadi kalau era dulu, kalau era mencapai kemerdekaan kita berkesan, era kita untuk mengatasi kemerdekaan kita amat berkesan, era kita untuk membawa perubahan daripada sebuah negara pertanian kepada sebuah negara perindustrian kita berkesan jadi era kita dalam abad ke-21 ini, dalam konteks dunia tanpa sempadan, dalam konteks ledakan maklumat kita juga perlu memperlihatkan keberkesanan kepemimpinan UMNO.