1) Diftong adalah urutan dua vokal dalam satu suku kata.
2) Diftong mempunyai satu puncak kelantangan yang dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau halangan atau hentian antara kedua-dua vokal.
3) Bunyi diftong merupakan bunyi yang terbentuk daripada bunyi vokal yang mengeluncur.
4) Diftong dihasilkan dengan keadaan lidah berada pada kedudukan vokal yang pertama, kemudian bergerak dengan pantas untuk menghasilkan vokal yang kedua.
5) Terdapat tiga jenis diftong dalam Bahasa melayu, iaitu(ai), (au), dan(oi) contoh: pakai; hairan