Tempat penginapan yang saya cadangkan sesuai untuk pelancong backpacker di mana harganya berpatutan dan terdapat kemudahan seperti dapur memasak, microwave dan washing machine. Pada pendapat saya, menginap di hotel kurang sesuai ketika melancong ke Seoul kerana dua sebab. Kebanyakan masa diluangkan di luar tempat penginapan kerana Seoul kaya dengan tempat2 menarik dengan pelbagai tema untuk diterokai. Tak ada masa nak lepak2 kat hotel tengok tv n bersauna. Hotel kat Malaysia pun ada. So lebih baik rasai pengalaman menginap di tempat yang lebih murah tapi mempunayi kelainan seperti Korean Homestay dan Korean Hostel dimana kita dapat mengenali budaya korea ketika menginap. Dalam post ini, saya akan memperkenalkan dua tempat menginap dimana satu bertemakan Homestay manakala satu lagi bertemakan hostel. Tempat menginap yang bertemakan Homestay atau guesthouse sangat sesuai untuk pelancong. Anda boleh mencuba menginap di Tea Guesthouse yang terletak di Jongno-gu berhampiran Angkuk Subway Station design dalam bilik tidur juga menggunakan konsep tradisional korea. Tidak ada katil disediakan tetapi tilam akan dihampar di atas lantai. Lantai bilik dilengkapi dengan sistem pemasan untuk keselesaan di musim bunga, luruh dan salji. Terdapat komputer dengan monitor besar yang berfungsi sebagai TV kabel dan juga internet. Kemudahan internet adalah percuma dan sangat laju. Sarapan akan disediakan setiap pagi. dan anda boleh meminta menu vegetarian. Kepada backpackers yang membawa baju pada jumlah yg sedikit, usah risau kerana perkhidmatan dobi percuma disediakan.