Saya memperuntukkan sejumlah wang untuk perbelanjaan makanan tambahan,kesihatan dan vitamin untuk saya,suami dan anak-anak.Ini untuk menjamin pembesaran anak anak mencapai tahap yang maksima dan setara dengan kanak kanak lain.Ini juga untuk kesihatan saya dan suami.Anak anak yang sedang membesar memerlukan pemakanan yang sempurna.Namun mereka tidak gemar makan seperti orang dewasa.Saya terpaksa membelikan mereka vitamin dan makanan tambahan lain.Sejumlah wang juga diperuntukkan untuk perbelanjaan klinik dan hospital, memandangkan kami belum mempunyai insuran kesihatan.Hanya suami yang ada kerana tempat kerjanya meyediakan insuran kesihatan untuk setiap pekerja.Setahun dua kali juga,anak anak akan menerima rawatan pergigian di klinik berhampiran tempat tinggal kami.Perancangan kami akan datang ialah meyediakan insuran kesihatan untuk ahli keluarga kami.Buat masa ini kami masih menimbangkan insuran terbaik dan mampu untuk dibayar untuk sekeluarga.