Sudah semestinya saya iginkan sesuatu yang baru.Oleh itu saya perlu mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk pembelajaran bagi meningkatkan kemajuan diri dan juga mengasah bakat yang sedia ada menjadi lebih baik dari yang sedia ada.Saya telah menyambung pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi bagi kemajuan masa hadapan di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan.Di samping itu juga saya membeli buku-buka nota secara online kerana ianya adalah lebih mudah berbanding buku fizikal yang kadang-kadang tiada stok simpanan.Pembelian secara online memudahkan kita memilih senarai yang dikehendaki.Tiada kesesakan jalan raya kita tempuhi.sungguh mudah,hanya di hujung jari kita sudah mendapat maklumat yang diperlukan.Saya juga ada mengikuti kursus di pusat latihan fizikal bagi memantapkan lagi skill dan bakat saya.Semua ini memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga juga wang ringgit.Semnagt untuk memajukan diri ke arah yang lebih baik dan berilmu,memberikan saya satu kepuasan yang sangat bagus.