Faktor-faktor Penyalahgunaan Dadah Dalam Kalangan Remaja
Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang Negara” merupakan kata-kata yang sering dilaung-laungkan.Malangnya,remaja yang dianggap tunggak Negara ini,dilanda masalah penyalahgunaan dadah.Pada pendapat anda,apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala ini?Jelaskan langkah-langkah untuk mengatasinya.
“Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”merupakan kata-kata yang sering dilaung-laungkan.Malangnya remaja yang dianggap tunggak negara ini dilanda masalah penyalahgunaan dadah.Walaupun telah banyak usaha-usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak,namun usaha ini tidak langsung memberikan kesedaran terhadap para remaja tentang bahayanya penyalahgunaan dadah.Siapakah yang harus dipersalahkan akan salah laku ini dan adakah ini adalah salah remaja itu sendiri ataupun pihak-pihak yang tertentu?
Salah satu faktor yang menyebabkan remaja terjebak dalam penyalahgunaan dadah ialah ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.Ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga lupa ntuk memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja.Mereka hanya mementingkan materialistiksemata-mata sehingga tiada langsung masa untuk diluangkan mengetahui aktiviti semasa mereka.Ini akan menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan sesuatu yang tidak diduga.Pepatah melayu ada menyebut “melentur buluh biar dari rebungnya”,ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka dari sejak kecil dengan memberikan didikan yang sempurna.
Selain itu juga,kurangnya didikan agama oleh ibu bapa menjadi salah satu faktor remaja ini terjebak dengan dadah.Kurangnya kekuatan iman menyebabkan mereka ini mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan.Ibu bapa seharusnya memberikan mereka didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing-masing.Sepertimana yang kita lihat di televisyen dan dengar dari corong-corong radio bahawa banyaknya remaja kita terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah akibat pegangan agama yang rapuh.Tambahan pula,remaja sekarang sudah berani mencuba sesuatu yang belum pernah dirasainya lagi.
Justeru,kurangnya pemerhatian ibu bapa terhadap anak-anak dan membiarkan mereka ini bebas di dunia luar sana menyebabkan mereka rasa tidak lagi disayangi.Oleh itu,mereka lebih banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan dan mereka inilah yang akan mempengaruhi remaja itu melakukan sesuatu diluar jangkaan.Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di ibu kota lebih mudah terjebak dengan aktiviti sosial secara tidak langsung mereka juga akan lebih mudah terpengaruh dengan dadah.
Tambahan pula,bagi anak-anak yang meningkat remaja atau sudah pun bergelar remaja,mereka ini mempunyai satu sikap iaitu sikap yang ingin cuba sesuatu perkara ini.Ini juga,akan menyebabkan mereka juga terjebak dalam salah laku ini.Jadi,seterusnya disini,pihak-pihak kerajaan mahupun pihak yang bertanggungjawab seharusnya menganggap ini satu kes yang amat serius.Mereka sepatutnya mengadakan kempen bahayanya penyalahgunaan dadah kepada remaja-remaja ini.Pihak polis seharusnya membanteras kes ini dengan secepat mungkin sebelum ia merebak seperti “api dalam belukar”.Dengan mengadakan kempen-kempen ataupun ceramah dan motivasi,mungkin penyalahgunaan dadah ini dapat dikurangkan secara tidak langsung.
Konklusinya,dengan kerjasama pelbagai pihak,kes penyalahgunaan dadah ini mungkin akan berkurangan..Jadi disini,ibu bapa,pihak kerajaan,pihak polis dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk menangani masalah ini,supaya suatu hari nanti negara kita akan bersih daripada najis dadah yang membawa padah ini.Dengan itu slogan “Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara” dapat diteruskan dan diterapkan kepada semua remaja di negara ini.
Faktor-faktor Penyalahgunaan Dadah Dalam Kalangan RemajaPemuda harapan bangsa,pemudi tiang Negara” merupakan kata-kata yang sering dilaung-laungkan.Malangnya,remaja yang dianggap tunggak Negara ini,dilanda masalah penyalahgunaan dadah.Pada pendapat anda,apakah faktor yang menyebabkan berlakunya gejala ini?Jelaskan langkah-langkah untuk mengatasinya.“Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”merupakan kata-kata yang sering dilaung-laungkan.Malangnya remaja yang dianggap tunggak negara ini dilanda masalah penyalahgunaan dadah.Walaupun telah banyak usaha-usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak,namun usaha ini tidak langsung memberikan kesedaran terhadap para remaja tentang bahayanya penyalahgunaan dadah.Siapakah yang harus dipersalahkan akan salah laku ini dan adakah ini adalah salah remaja itu sendiri ataupun pihak-pihak yang tertentu?Salah satu faktor yang menyebabkan remaja terjebak dalam penyalahgunaan dadah ialah ibu bapa yang lalai dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.Ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga lupa ntuk memberikan kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak yang kini meningkat remaja.Mereka hanya mementingkan materialistiksemata-mata sehingga tiada langsung masa untuk diluangkan mengetahui aktiviti semasa mereka.Ini akan menyebabkan mereka rasa dipinggirkan atau tidak disayangi lalu melakukan sesuatu yang tidak diduga.Pepatah melayu ada menyebut “melentur buluh biar dari rebungnya”,ibu bapa seharusnya membimbing atau membentuk anak mereka dari sejak kecil dengan memberikan didikan yang sempurna.Selain itu juga,kurangnya didikan agama oleh ibu bapa menjadi salah satu faktor remaja ini terjebak dengan dadah.Kurangnya kekuatan iman menyebabkan mereka ini mudah terpengaruh atau tergoda dengan godaan syaitan.Ibu bapa seharusnya memberikan mereka didikan agama yang sempurna dan cukup untuk mereka membawa diri masing-masing.Sepertimana yang kita lihat di televisyen dan dengar dari corong-corong radio bahawa banyaknya remaja kita terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah akibat pegangan agama yang rapuh.Tambahan pula,remaja sekarang sudah berani mencuba sesuatu yang belum pernah dirasainya lagi.Justeru,kurangnya pemerhatian ibu bapa terhadap anak-anak dan membiarkan mereka ini bebas di dunia luar sana menyebabkan mereka rasa tidak lagi disayangi.Oleh itu,mereka lebih banyak meluangkan masa bersama kawan-kawan dan mereka inilah yang akan mempengaruhi remaja itu melakukan sesuatu diluar jangkaan.Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di ibu kota lebih mudah terjebak dengan aktiviti sosial secara tidak langsung mereka juga akan lebih mudah terpengaruh dengan dadah.Tambahan pula,bagi anak-anak yang meningkat remaja atau sudah pun bergelar remaja,mereka ini mempunyai satu sikap iaitu sikap yang ingin cuba sesuatu perkara ini.Ini juga,akan menyebabkan mereka juga terjebak dalam salah laku ini.Jadi,seterusnya disini,pihak-pihak kerajaan mahupun pihak yang bertanggungjawab seharusnya menganggap ini satu kes yang amat serius.Mereka sepatutnya mengadakan kempen bahayanya penyalahgunaan dadah kepada remaja-remaja ini.Pihak polis seharusnya membanteras kes ini dengan secepat mungkin sebelum ia merebak seperti “api dalam belukar”.Dengan mengadakan kempen-kempen ataupun ceramah dan motivasi,mungkin penyalahgunaan dadah ini dapat dikurangkan secara tidak langsung.Konklusinya,dengan kerjasama pelbagai pihak,kes penyalahgunaan dadah ini mungkin akan berkurangan..Jadi disini,ibu bapa,pihak kerajaan,pihak polis dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab untuk menangani masalah ini,supaya suatu hari nanti negara kita akan bersih daripada najis dadah yang membawa padah ini.Dengan itu slogan “Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara” dapat diteruskan dan diterapkan kepada semua remaja di negara ini.
正在翻譯中..