perbelanjaan terkini adalah perjalanan saya menaiki kenderaan iaitu kereta proton persona ke shah alam untuk ke tempat kerja. saya akan bertolak awal ke tempat kerja kerana sebelum ke tempat kerja saya akan menghantar anak kecil saya kepada pengasuh terlebih dahulu dan seorang lagi anak yang berusia 5 tahun ke taman asuhan kanak kanak islam. saya memilih untuk menghantar anak kecil yang berusia 5 bulan kepada pengasuh yang saya kenali kerana dia adalah sedara saya dan sudah mengetahui sikapnya yang baik dan pandai menjaga anak kecil dan saya rela membayar nya lebih asalkan keperluan anak saya terjamin dan selamat semasa tidak bersama saya. untuk anak yang berusia 5 tahun pula saya menghantarnya ke situ kerana ingin anak saya bersosial bersama rakan yang sebaya dengannya di samping dapat mempelajari sesuatu yang baru.disebabkan oleh jadual harian saya yang sibuk saya menjangkakan anak saya belajar sesuatu di situ. saya memilih untuk menghantar anak anak saya ke tempat tersebut kerana keadaan semasa yang memerlukan saya bekerja dan untuk kebaikan keluarga saya di kemudian hari