Sebagai seorang pelajar farmasi tahun ketiga di salah satu universiti dalam negara, saya ingin menerangkan bahawa kursus saya berkaitan dengan pembelajaran ubat. Kami belajar tentang pelbagai penyakit dan ubat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit tersebut. Saya memilih kursus ini kerana saya berasa ahli farmasi mempunyai masa depan yang cerah. Saya suka dengan subjek kimia, dan kursus farmasi mampu memberi saya peluang untuk mendalami subjek ini. Dalam proses pembelajaran saya, saya selalu menghadapi stres terutamanya waktu dekat peperiksaan.