Dukkha merujuk kepada sesuatu yang kita tidak senangi atau kita tidak suka. Apabila berlaku
perkara yang kita tidak suka, maka ianya akan memberi kesan kepada fizikal dan mental.
ii. Dukkha sentiasa wujud disebabkan kehidupan yang tidak abadi. Oleh itu sekiranya manusia
memperolehi sesuatu yang positif di dunia, manusia masih tertakluk kepada dukkha kerana
akan kehilangan kesemua itu disebabkan kehidupan dunia yang tidak abadi.
iii. Nafsu atau keinginan menjadi punca kepada dukkha. Keinginan ini berkait dengan kejahilan
yang bermaksud tidak memahami kejadian sebagaimana yang sebenarnya atau gagal
memahami realiti kehidupan