3.0.1 Konsep Melayu Sebelum perbincangan tentang konsep Melayu boleh dimulakan, terdapat
beberapa istilah atau konsep asas yang perlu diperjelaskan terlebih dahulu. Konsep-
konsep ini adalah seperti masyarakat, dan kumpulan etnik. Masyarakat hanyalah merujuk
kepada satu kumpulan manusia. Kumpulan etnik merujuk kepada satu kumpulan manusia
yang terdiri daripada satu kebudayaan.
IstilahMelayu sebenarnya boleh merujuk kepada tiga perkara yang berbeza, iaitu
ras (gentetik atau biologi), kebudayaan, dan bahasa. Ras adalah satu istilah yang
digunakan dalam bidang biologi dan merujuk kepada satu kumpulan genetik yang
mempunyai ciri-ciri fizikal yang hampir sama. Apabila istilahRas1 Melayu digunakan,
ianya hanya merujuk kepada kumpulan orang Melayu yang boleh diasingkan daripada
kumpulan lain dari segi ciri-ciri fizikal luaran dan kebudayaannya. Dalam kerangka
pemikiran bidang biologi, kumpulan ini adalah satu kumpulan kembang-biak (breeding
population) yang berfungsi secara terasing. Sungguhpun demikian, manusia sedunia pada 1 Istilah ras dan rumpun Melayu seringkali digunakan bertukar-ganti. Rumpun adalah istilah yang digunakan dalam pergaulan umum manakala ras adalah istilah yang lebih tepat dan ilmiah. 2
hari ini tergolong dalam satu spesis iaitu Homo sapiens. Dari segi genetiknya, semua
manusia di dunia pada hari ini mempunyai persamaan DNA sebanyak 99.8% dan mampu
berkahwin antara satu sama lain untuk melahirkan zuriat. Perbezaan dari segi genetik
antara manusia sebenarnya tidak begitu penting; sebaliknya perbezaan dari segi
kebudayaan lebih memainkan peranan untuk membezakan kumpulan-kumpulan ras ini.
Kebudayaan pula merujuk kepada ilmu pengetahuan sesuatu kumpulan manusia
yang diwarisi dan diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Ilmu
pengetahuan ini berfungsi seolah-olah seperti satu sistem pengoperasian manusia oleh
kerana ianya memberitahu manusia bagaimana untuk berfungsi dengan manusia lain,
alam sekitar, dan kuasa-kuasa ghaib. Apabila kita berinteraksi dengan manusia lain, kita
mengetahui bagaimana untuk menampilkan diri kita dengan orang yang kita temui.
Apabila kita berada di dalam sesuatu persekitaran, kita mengetahui bagaimana untuk
mencari makanan. Apabila kita berhadapan dengan kuasa-kuasa yang ghaib pula, kita
mengetahui bagaimana untuk mengurangkan kesan negatif terhadap kita.
Bahasa adalah sistem percakapan yang digunakan untuk berhubung dengan
penutur-penutur bahasa yang sama. Ras Melayu (atau rumpun Melayu) selalunya bertutur
dalam kumpulan keluarga bahasa Melayu-Indonesia yang mengelompokkan bersama-
samanya sub-keluarga bahasa-bahasa Melayu, Jawa, Sunda, Madura, Acheh,
Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, dan Sulu. Keluarga bahasa
Melayu-Indonesia pula terangkum dalam Rumpun Bahasa Austronesia (Austronesia
membawa maksud orang-orang kawasan pulau-pulau selatan dan bahasanya merangkumi
bahasa-bahasa yang dituturkan dalam kawasan Asia Tenggara dan juga kepulauan
Pasifik. Pada satu masa dahulu, rumpun bahasa Austronesia dikenali dengan nama
rumpun bahasa Malayo-Polinesia, manakala rumpun bahasa Austronesia itu sendiri
tergolong di dalam Filum Austrik) seperti berikut: