Ini boleh dilaksanakan melalui penubuhan pusat perhubungan bagi memperolehi dan menyebarkan maklumat secara pantas mengenai penolakkan, kejadian wabak atau amaran berkaitan makanan. Sebagai contoh, apabila sesuatu produk palsu muncul di pasaran, pihak berkenaan harus menyebarkan maklumat ini kepada masyarakat supaya tiada penduduk yang terambil produk tersebut dan menjejaskan kesihatan. Prosedur bagi pengurusan krisis makanan perlu diperkukuh bagi membolehkan usaha penyelarasan dipertingkatkan dan untuk mengenalpasti langkah paling berkesan yang boleh diambil berdasarkan maklumat saintifik.