PERTAHANKAN PARTI KERAMAT
UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946, dan Jumaat ini genap 68 tahun usianya. Kali ini sambutannya sangat signifikan kerana hampir dengan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) tahun ini. Pada masa yang sama, PRU-13 dianggap penting
untuk memperbaiki pencapaian
pada PRU-12 tahun 2008.
Selepas 2008, UMNO telah membuat banyak perubahan dan penambahbaikan serta mengenalpasti kekurangan untuk memastikan kejayaan pada PRU-13. Kerana itu, tahap siap siaga UMNO di pelbagai lapisan adalah penting untuk pilihan raya kali ini.
Antara perubahan yang telah dilakukan ialah meminda perlembagaan parti supaya UMNO lebih telus, lebih demokratik dan inklusif, Pada masa yang sama UMNO akan terus menjadi tunggak kepada rakan-rakan lain dalam komponen Barisan Nasional.