perkara yang saya rasa paling negatif, iaitu hari itu saya terhilang dompet saya. dompet saya bukan saja ada wang tunai, kad pengenalan dan lisense, kad kredit dan juga kad access saya untuk pejabat. waktu saya ditahan oleh polis semasa memandu ke tempat kerja, baru saya mengetahui dompet saya hilang. saya telah disaman sebab gagal tunjuk lesen dan kad pengenalan. saya terpaksa hubung rakan sekerja saya untuk mengamil half day leave untuk mengendali hal hal saya. Kena lapor kes, baru pergi buat ic dan lesen dan kemudian kad atm dan kad kredit saya. balik office pun juga kena lapor kad akses kehilangan untuk tujuan mendapat kad akses baru. disebabkan saya datang kerja pada tengah hari, saya terpaksa kerja overtime untuk habis kerja harian saya untuk megelak sebarang tunggakan. masa saya sampai rumah sudah tengah malam dan penatnya sepanjang hari pergi sini sana untuk mengendali hal hal tersebut