Bagi saya, barangan yang paling penting untuk kehidupan seharian merupakan makanan. Tanpa makanan, setiap orang akan mati. Sebagai seorang isteri yang bertanggungjawab, saya akan sentiasa memastikan saya mampu menyediakan makanan yang sedap untuk mengisi perut ahli keluarga saya. Setiap minggu, saya akan pergi ke pasar raya dan juga pasar pagi untuk memilih sayur-sayuran dan juga daging. Saya sanggup berbelanja satu amaun yang besar untuk membeli makanan demi kegembiraan ahli keluarga saya. Tujuan saya berbelanja begini adalah untuk memenuhi keperluan ahli keluarga saya. Biasanya, saya akan pergi ke pasar raya, pasar pagi, dan juga pasar malam dengan suami saya ataupun anak saya. Dalam dunia yang sibuk ini, setiap individu perlu bekerja bertungkus lumus untuk memastikan kehidupan keluarga mereka yang bahagia. Namun bagaimanapun, bagi saya, kehidupan yanf bahagia bukan dari gaji yang lumayan, tetapi berasal dari makanan. Tidak dapat dinafikan bahawa makanan yang sedap lagi enak mesti mampu memberi motivasI kepada ahli keluarga yang lain. Hal ini akan terus membolehkan kwluarga uang bahagia.