Perbelanjaan kesihatan memang diperlukan oleh setiap orang,mengamalkan kehidupan yangg sihat adalah satu pilihan yang tepat buat semua manusia di dunia.Piramid makanan yang disediakan oleh pakar pemakanan wajar kita jadikan sebagai amalan yang tetap untuk memperolehi hasil yang terbaik.Untuk mengamalkan kehidupan yang baik,wajar untuk mengurangkan segala bahan kimia yang tidak sihat untuk bawa ke dalam badan seperti gula yang terkenal sebagai penggerak untuk ketumbuhan kanser.Saya membelanjakan sejumlah wang setiap bulan untuk mengamalkan supplemen yang sihat seperti minyak zaitun,vitamin C dan Vitamin D.Seperti sedia maklum,minyak zaitun sangat berkhasiat untuk seluruh badan dan menyihatkan tubuh secara ilmiah dan berkesan tanpa menjejaskan fungsi tubuh badan malahan badan terasa lebih ringan dan segar dalam menjalani aktiviti seharian dengan lebih bersemangat dan bertenaga.Kesihatan yang bermula dari penjagaan diri dan amalan makanan yang sihat serta mengamalkan senaman yang bertesrusan sepanjang hayat.