perkara yang saya sukai : persekitaran yang amat selesa, kerjasama antara pekerja adalah baik, peralatan yang digunakan terkini dan up to date, keselamatan pekerja sentiasa diambil berat, situasi kerja yang teratur dan tenang. selain itu, interaksi antara pekerja dan pihak atasan jugak amat membanggakan. segala permasalah yang timbul dapat diselesaikan dengan baik. perkara yang saya tidak sukai : sesetengah pekerja (terutama pekerja lama) ada yang masih mengamalkan cara kerja yang suka berlengah-lengah dan tidak komited, sentiasa berpuak-puak dan kurang inisiatif untuk menaikkan mutu kerja selaras dengan keadaan semasa. selain itu, pihak syarikat masih lagi mengajikan pekerja yang kurang produktif (terutama yang mempunyai penyakit yang serius), yang mempunyai masalah disiplin. ini menyebabkan langkah produktiviti dan kreativiti terganggu dan tidak mencapai KPI yang ditetapkan