perbelanjaan untuk sesuatu yang baru adalah seperti kursus memasak dan menjahit yang pernah saya ikuti. saya mendaftar diri untuk mengambil kelas memasak untuk membuat roti dan kek untuk mempersiapkan diri kelak kerana ingin membuka kedai roti dan kek suatu hari nanti. kelas menjahit pula kerana ingin menjahit baju untuk keluargs saya. saya juga pernah mengikuti kursus berniaga secara online dengan sifu ternama untuk mempelajari teknik yang mudah dan berkesan untuk menarik pelanggan. berniaga menggunakan facebook, teknik mencari pelanggan, dan banyak lagi. selain itu saya juga mempelajari beberapa software yang baru dan lain lain lagi. saya juga belajar cara berniaga secara offline menggunakan banner, flyers, dan lain lain. ilmu pemasaran ini sangat berguna untuk para peniaga yang ingin mengembangkan perniagaan supaya tidak mengalami kerugian dan melipat kali gandakan keuntungan. ilmu dan tindakan yang betul adalah suatu keperluan supaya kita tidak membuang masa melakukan sesuatu yang sia sia