Tambahan pula,rumah-rumah terbuka yang lazimnya diadakan ketika musim perayaan wajar dilihat sebagai satu langkah yang efektif dalam usaha memupuk semangat kejiranan. Negara kita yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum membolehkan kita melihat pelbagai jenis adat dan budaya. Apabila rumah terbuka diadakan,masyarakat akan dapat mengenali adat dan budaya kaum lain. Hal ini akan dapat mewujudkan persefahaman dan sekaligus mengelakkan perselisihan faham yang boleh menjejaskan perpaduan kaum. Oleh itu,amalan rumah terbuka ini wajar diteruskan dalam masyarakat.