Saya menggunakan motorsikal untuk menghantar anak-anak saya ke sekolah dan juga berulang alik ke tempat kerja kerana bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas yang berlaku setiap hari.Cara ini juga amat menjimatkan kos minyak dan juga tol.Ini akan memberikan kelebihan saya untuk berbelanja lebih sedikit.Saya juga boleh bergerak ke tempat kerja dengan keadaan tenang dan berhati-hati kerana tidak perlu memikirkan tentang kesesakan jalan raya yang berlaku setiap hari.Saya sentiasa menjaga keadaan motorsikal saya supaya sentiasa berada dalam prestasi terbaik ketika digunakan dengan sentiasa membuat pemeriksaan berkala apabila sampai tempohnya.