Internet merupakan rangkaian maklumat antara bangsa yang terbesar di dunia yang memungkinkan kita saling bertukar informasi mahupun data maklumat. ’Dunia Tanpa Sempadan’ adalah satu istilah yang sinonim dengan internet. Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan teknologi semakin berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala kemudahan ini telah menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan. Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Sama juga seperti internet, ia juga mempunyai kebaikan dan juga keburukan jika menggunakannya terlalu kerap ia akan mengakibatkan ketagihan.