Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak dapat 的繁體中文翻譯

Bagi sesetengah pihak, merokok umpa

Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak dapat dipisahkan. Ada juga dalam kalangan mereka yang mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status yang menunjukkan seseorang individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan imej yang bersifat kemegahan. Biar apapun pandangan dan pendapat daripada individu tersebut, seluruh makhluk yang mampu berfikir dengan waras tetap berpandangan bahawa perbuatan menghisap rokok adalah sesuatu yang perlu dielakkan kerana perbuatan ini merupakan satu pembaziran wang secara jelas, apatah lagi dengan kenaikan harga rokok yang melambung tinggi. Rokok yang dibakar adalah umpama membakar wang kertas yang sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.

Ramai sedia maklum bahawa menghisap rokok menjadi punca pada pelbagai penyakit yang digolongkan dalam kategori penyakit berbahaya. Antaranya, penghisap rokok terdedah pada penyakit kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu negara. Perokok bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membahayakan kesihatan keluarga mereka dan orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang dikeluarkan setelah dihisap adalah lebih berbahaya kepada orang lain dan kesannya adalah sama dengan siperokok.

Bau busuk yang dikeluarkan oleh penghisap rokok juga boleh mengganggu keselesaan orang lain sehingga dapat menjejaskan pergaulan siperokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti akan menimbulkan suasana yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang. Bayangkanlah jika anda terpaksa berhadapan dengan siperokok dalam suasana tempat menjamu selera tertutup dan berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi melarang orang ramai menghisap rokok ditempat-tempat awam dan di premis-premis kerajaan.

Bagi siperokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi gejala ketagihan yang bukan mudah untuk diatasi. Hanya dengan usaha dan azam yang kuat sahaja perlakuan ini mampu dibanteras tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh FOMCA hanya 12 peratus sahaja daripada jumlah yang ingin berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia menganggarkan jumlah kebakaran yang disebabkan oleh api rokok di negara kita mencecah hampir 23 peratus daripada punca kebakaran yang berjaya diselesaikan. Hal ini berpunca daripada sikap perokok yang suka membuang puntung rokok di merata-rata tempat.

Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan juga simbol yang menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang menggambarkan ketidakwarasan seseorang individu. Justeru, katakan tak nak untuk sebatang rokok!
0/5000
原始語言: -
目標語言: -
結果 (繁體中文) 1: [復制]
復制成功!
Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak dapat dipisahkan. Ada juga dalam kalangan mereka yang mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status yang menunjukkan seseorang individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan imej yang bersifat kemegahan. Biar apapun pandangan dan pendapat daripada individu tersebut, seluruh makhluk yang mampu berfikir dengan waras tetap berpandangan bahawa perbuatan menghisap rokok adalah sesuatu yang perlu dielakkan kerana perbuatan ini merupakan satu pembaziran wang secara jelas, apatah lagi dengan kenaikan harga rokok yang melambung tinggi. Rokok yang dibakar adalah umpama membakar wang kertas yang sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.Ramai sedia maklum bahawa menghisap rokok menjadi punca pada pelbagai penyakit yang digolongkan dalam kategori penyakit berbahaya. Antaranya, penghisap rokok terdedah pada penyakit kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu negara. Perokok bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membahayakan kesihatan keluarga mereka dan orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang dikeluarkan setelah dihisap adalah lebih berbahaya kepada orang lain dan kesannya adalah sama dengan siperokok.Bau busuk yang dikeluarkan oleh penghisap rokok juga boleh mengganggu keselesaan orang lain sehingga dapat menjejaskan pergaulan siperokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti akan menimbulkan suasana yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang. Bayangkanlah jika anda terpaksa berhadapan dengan siperokok dalam suasana tempat menjamu selera tertutup dan berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi melarang orang ramai menghisap rokok ditempat-tempat awam dan di premis-premis kerajaan.Bagi siperokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi gejala ketagihan yang bukan mudah untuk diatasi. Hanya dengan usaha dan azam yang kuat sahaja perlakuan ini mampu dibanteras tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh FOMCA hanya 12 peratus sahaja daripada jumlah yang ingin berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia menganggarkan jumlah kebakaran yang disebabkan oleh api rokok di negara kita mencecah hampir 23 peratus daripada punca kebakaran yang berjaya diselesaikan. Hal ini berpunca daripada sikap perokok yang suka membuang puntung rokok di merata-rata tempat.Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan juga simbol yang menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang menggambarkan ketidakwarasan seseorang individu. Justeru, katakan tak nak untuk sebatang rokok!
正在翻譯中..
 
其它語言
本翻譯工具支援: 世界語, 中文, 丹麥文, 亞塞拜然文, 亞美尼亞文, 伊博文, 俄文, 保加利亞文, 信德文, 偵測語言, 優魯巴文, 克林貢語, 克羅埃西亞文, 冰島文, 加泰羅尼亞文, 加里西亞文, 匈牙利文, 南非柯薩文, 南非祖魯文, 卡納達文, 印尼巽他文, 印尼文, 印度古哈拉地文, 印度文, 吉爾吉斯文, 哈薩克文, 喬治亞文, 土庫曼文, 土耳其文, 塔吉克文, 塞爾維亞文, 夏威夷文, 奇切瓦文, 威爾斯文, 孟加拉文, 宿霧文, 寮文, 尼泊爾文, 巴斯克文, 布爾文, 希伯來文, 希臘文, 帕施圖文, 庫德文, 弗利然文, 德文, 意第緒文, 愛沙尼亞文, 愛爾蘭文, 拉丁文, 拉脫維亞文, 挪威文, 捷克文, 斯洛伐克文, 斯洛維尼亞文, 斯瓦希里文, 旁遮普文, 日文, 歐利亞文 (奧里雅文), 毛利文, 法文, 波士尼亞文, 波斯文, 波蘭文, 泰文, 泰盧固文, 泰米爾文, 海地克里奧文, 烏克蘭文, 烏爾都文, 烏茲別克文, 爪哇文, 瑞典文, 瑟索托文, 白俄羅斯文, 盧安達文, 盧森堡文, 科西嘉文, 立陶宛文, 索馬里文, 紹納文, 維吾爾文, 緬甸文, 繁體中文, 羅馬尼亞文, 義大利文, 芬蘭文, 苗文, 英文, 荷蘭文, 菲律賓文, 葡萄牙文, 蒙古文, 薩摩亞文, 蘇格蘭的蓋爾文, 西班牙文, 豪沙文, 越南文, 錫蘭文, 阿姆哈拉文, 阿拉伯文, 阿爾巴尼亞文, 韃靼文, 韓文, 馬來文, 馬其頓文, 馬拉加斯文, 馬拉地文, 馬拉雅拉姆文, 馬耳他文, 高棉文, 等語言的翻譯.

Copyright ©2025 I Love Translation. All reserved.

E-mail: