Watak utama novel, Badri yang dilantik sebagai pengawas sekolah berhadapan dengan cabaran Shahrul, Meng Kong dan Kumar. Dia jua terbabit dengan persaingan Nadira dan Siew Mei yang berebut untuk menambat hatinya.Sebaik sahaja berjawatan pengawas, Badri segera "mengumpul" musuh hingga satu hari dia disiram dengan air tandas ketika berada dalam kamar kecil di situ. Dia juga menghadapi masalah dengan anak buah (anak saudara Pak Lang (bapa saudara dan guru silat Badri), iaitu Nadira yang bersekongkol dengan Shahrul. Jamil, teman rapatnya juga terbabit dengan kegiatan menjual telefon bimbit yang dicuri oleh Meng Kong di kedai ayahnya sendiri.Siew Mei, adik kepada Ah Meng, pekerja di kedai ayah Meng Kong meminta pertolongan Badri. Nadira kemudian sedar tentang perangai buruk Shahrul apabila sanggup meninggalkan dirinya disoal oleh polis bersendirian. Namun, Shahrul memang licik untuk memujuk Nadira walaupun Nadira sudah mula beralih kepada Badri.Badri berjaya membongkar kegiatan Shahrul, Kumar dan Meng Kong, lalu dihadapkan kepada guru disiplin, Cikgu Jailani, pengetua dan guru kaunseling. Meng Kong kemudian dimasukkan ke asrama oleh bapanya, manakala Kumar insaf dan berkawan dengan Badri. Dendam Shahrulmembara, apatah lagi dia mudah ditewaskan oleh Badri dalam satu pergelutan di kawasan joging.Perhatian Siew Mei terhadap Badri menyebabkan Nadira kembali menerima Shahrul. Jamil puladihantar ke rumah neneknya di Sarawak bagi menjauhkan dirinya daripada Shahrul. Ketika Badri menghadapi fitnah memiliki telefon bimbit yang diletakkan ke dalam beg sekolahnya, hanya Taufik (si mulut murai) dan Siew Mei memberi sokongan.Dipendekkan cerita, Badri akhirnya bergelar doktor perubatan lulusan Ireland, manakala Siew Mei doktor gigi. Pembaca mungkin sedikit terkilan justeru Shahrul akhirnya berkahwin dengan Nadira, tetapi dia sebenarnya telah menjadi orang berguna. Shahrul menjadi pengusaha bengkel mekanik yang berjaya dengan rakan kongsinya, Kumar dan sering mengunjungi Taufik yang kini memiliki resort sendiri..

正在翻譯中..
![](//zhcntimg.ilovetranslation.com/pic/loading_3.gif?v=b9814dd30c1d7c59_8619)